Skip to main content

Bulan September boleh dikatakan adalah bulan nostalgia kerana terdapat beberapa permainan yang menerima versi olahan semula, antaranya Tony Hawk’s Pro Skater, Crysis, Kindoms of Amalur dan Mafia. Namun, selain itu terdapat juga pelbagai permainan baharu yang akan tiba pada bulan ini.

Seperti biasa, melalui artikel ini kami akan kongsikan 4 permainan menarik yang akan tiba pada bulan ini;

Marvel’s Avengers

Selepas tayangan Avengers: Endgame, selain daripada Spider-man, filem-filem lain sama ada telah ditunda ataupun masih tidak memulakan produksi, peminat Marvel sudah kekurangan kandungan untuk ditonton. Oleh itu, kehadiran permainan Marvel’s Avengers oleh Crystal Dynamics dan Square Enix ini sudah semestinya dinanti ramai.

Semasa sesi beta sebelum ini, saya kurang menggemari mekanik permainan, tetapi dengan disertakan pelbagai kandungan pada pelancaran penuh kelak, ia adalah antara permainan yang saya tidak sabar untuk cuba. Ia akan dikeluarkan pada 4 September ini untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Tony Hawk’s Pro Skater 1+2

Saya boleh katakan agak sukar untuk mencari pemain yang tidak pernah mencuba siri permainan Tony Hawk’s Pro Skater. Antara permainan terawal dan juga yang terbaik membawa genre simulasi sukan papan luncur.

Kembali kepada permainan pertama dan kedua, sudah semestinya sesuatu yang bersifat-kan nostalgia, dengan penambah-baikkan grafik dan juga menyertakan atlit-atlit baharu ia juga boleh menarik pemain-pemain baharu. Ia akan dikeluarkan pada 4 September untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

WWE 2K Battlegrounds

Selepas pelancaran yang sangat bermasalah untuk WWE 2K20, 2K Games mengambil keputusan untuk menunda pagi pengeluaran WWE 2K21. Namun, mereka sebaliknya menggantikan dengan permainan yang lebih kasual iaitu WWE 2K Battlegrounds, ia adalah berkongsi segmen dengan NBA 2K Playgrounds.

Walaupun saya sudah semestinya lebih menantikan WWE 2K21 ataupun WWE 2K22 tetapi Battelgrounds boleh dikatakan sebagai alternatif yang mencukupi, ia juga nampak seronok. WWE 2K Battlegrounds akan dikeluarkan pada 18 September untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC.

Genshin Impact

Mengambil inspirasi daripada The Legend of Zelda: Breath of the Wild, Genshin Impact adalah permainan yang sejak pengumuman awal lagi sudah menarik perhatian saya. Walaupun agak khuatir dengan model ekonomi yang akan digunakan termasuk juga sistem gacha tetapi oleh kerana ia percuma, saya masih lagi ingin mencubanya.

Permainan ini juga sudah disahkan akan menyokong fungsi rentas-kemajuan di antara PC serta versi permainan mudah alih untuk iOS dan Android. Dengan kata lain, apabila anda tidak mempunyai akses kepada PC ataupun laptop, anda boleh terus bermain menggunakan telefon pintar. Ia juga akan dikeluarkan untuk PS4 pada 28 September.


Selain WWE 2K Battlegrounds, 2K juga akan mengeluarkan permainan NBA 2K21, saya berminat untuk mencubanya tetapi merasakan perbezaan tidak terlalu besar berbanding pengeluaran tahun lepas. Ia mungkin lebih menarik untuk versi konsol generasi baharu kelak. Selain itu, versi penambah-baikkan untuk Mafia yang pertama juga dikeluarkan pada 25 September, sebagai permainan Mafia terbaik, ia sudah semestinya menarik untuk bermain sekali lagi.

Jika anda ingin melihat senarai penuh anda boleh lihat-nya di senarai yang kami sertakan di bawah.

Leave a Reply