Tencent dan PUBG Mobile hari ini mengumumkan yang wajah baharu untuk peta Erangle akan tiba ke permainan pertempuran royale tersebut 8 September ini iaitu semasa pelancaran PUBG Mobile era baharu ataupun PUBG Mobile 1.0.
Berikut adalah antara perubahan serta penambahan yang akan tiba melalui peta ini;
- Elemen peta baharu – pelbagai tempat “meyorok” akan disertakan seperti pokok kayu, kereta kebal terbiar dan juga bunker.
- Keseimbangan kawasan loot – Kawasan-kawasan popular seperti Sosnovka Military Base, Mylta Power, Mansion, Prison, dan Mine Zone akan menerima keseimbangan loot, di mana mereka cuba untuk meletakkan loot di kawasan-kawasan yang kurang popular agar dapat membuka strategi baharu.
- Perubahan Bangunan – Beberapa bangunan akan menerima perubahan rupa.
- Kemaskini Visual – Seperti perubahan yang dibawa melalui PUBG Mobile 1.0, peta Erangel juga kan dengan pelbagai peningkatan visual seperti sistem pencahayaan, kualiti tekstur, langit dan juga air.
PUBG Mobile sudah dilancarkan untuk iOS dan Android secara percuma.