Skip to main content

The Haunting of Bly Manor adalah siri TV antologi seram dari Mike Flanagan. Sebelum ini, Mike telah hadir dengan siri TV yang lebih kurang sama, iaitu The Haunting of the Hill House. Bly Manor adalah satu siri lain yang berlaku di lokasi lain, suasana berbeza – tetapi mempunyai beberapa pelakon sama cuma watak berlainan sahaja. Video acah buat siri TV ini akhirnya dipertontonkan oleh Netflix.

https://youtu.be/cxeiY2W03Mc

Siri TV ini berlaku di garis masa 1980-an di England. Selepas satu kematian tragik satu pasangan, Henry Wingrave (lakonan Henry Thomas), telah mengupah orang gaji dari Amerika (lakonan Victoria Pedretti) untuk menjaga anak-anak buah beliau yang tinggal di Bly Manor. Tetapi hari demi hari, misteri yang ngeri dan menyeramkan dari Bly Manor terdedah – yang mati tidak bermakna mereka pergi!

Siri TV ini akan mula disiarkan di Netflix pada 9 Oktober. Bagi yang berminat sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply