Crystal Dynamics dan Square Enix telah berkongsi War Table buat kali ke-3 di mana mereka berkongsi kandungan yang boleh dijangka oleh pemain semasa pelancaran rasmi permainan tersebut, kandungan selepas pengakhiran dan juga watak pasca-pelancaran pertama. Anda boleh tonton War Table tersebut di bawah.
Antara yang diumumkan adalah watak pasca-pelancaran pertama yang akan tiba secara percuma adalah Kate Bishop yang mungkin akan tiba Oktober ini, melalui misi khas iaitu ‘Taking Aims’.
Watak Kate Bishop merupakan pelajar kepada Clint Barton ataupun Hawkeye, yang turut diumumkan akan tiba di permainan tersebut, tidak pasti perbezaan kebolehan antara Kate Bishop dengan Clint Barton. Misi bersama Kate Bishop akan hadir apabila Clint Barton tiba November ini.
Selain itu, mereka juga berkongsi mengenai cabaran harian dan mingguan yang boleh dilakukan oleh pemain untuk mendapatkan ganjaran, selain itu terdapat juga 4 misi “high-level” iaitu Villain Sectors, SHIELD Vaults, AIM’s Secret Lab, dan Mega Hives.
Melalui Villain Sectors pemain akan bertempur dengan bos yang kuat, ia sesuai untuk pemain yang mempunyai tahap berhampiran tahap maksimum iaitu 150. Shield Vaults pula adalah peluang untuk pemain mencari dan mendapatkan pelbagai ganjaran.
Pemain yang sudah mencapai tahap maksimum boleh bermain bersama dengan 3 rakan lain untuk mencabar AIM’s Secret Lab yang mempunyai pertempuran bos yang lebih sukar, misi ini akan tiba seminggu sekali sahaja. Mega Hives pula adalah pertempuran berperingkat, di mana setiap peringkat akan mempunyai kesukaran yang lebih tinggi, ia juga adalah misi mingguan.
Marvel’s Avengers akan dikeluarkan pada 4 September ini untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Ia juga akan menerima naik taraf percuma untuk versi PlayStation 5 dan Xbox Series X.