Skip to main content

Minggu ini ketika acara Gamescom 2020, ININ Games dan StudioArtdink mengumumkan yang mana mereka akan membawa kembali permainan Monster World IV sebagai satu permainan olahan semula.

Dengan tajuk Wonder Boy: Asha In Monster World, permainan tersebut bukan sahaja akan mempunyai visual baharu, malah keseluruhan bentuk permainannya diolah semula dengan bentuk permainan 3 dimensi.

Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan siri Monster World ataupun Wonder Boy, ia adalah siri permainan platformer yang mula diperkenalkan lebih dari 30 tahun lepas. Siri tersebut menerima pelbagai olahan semula sejak 2016 lepas dengan Wonder Boy Returns dan juga Wonder Boy: The Dragon’s Trap pada 2017 lepas.

Menurut ININ Games, permainan Wonder Boy: Asha In Monster World dirancang untuk dilancarkan pada awal tahun hadapan di konsol PlayStation 4 dan Switch. Bagi anda yang ingin menonton video acah pertama permainan tersebut, anda boleh menontonnya di bawah.

Leave a Reply