Skip to main content

Garena hari ini mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan pelakon Bollywood terkenal iaitu Hrithik Roshan sebagai watak yang boleh dimainkan di dalam permua Garena Free Fire.

Buat masa ini, Garena masih belum mengumumkan tarikh pelancaran watak tersebut. Namun seperti watak jemputan yang dilancarkan sebelum ini seperti Joe Taslim dan DJ Alok, melaluinya pemain berupaya untuk bermain sebagai watak tersebut di dalam dunia permainan pertempuran royale ini.

Pada masa yang sama, minggu lepas Garena juga mengumumkan Elite Pass baharu buat permua tersebut yang menyertakan pelbagai ganjaran kostum menarik dan cabaran baharu buat pemain.

Garena Free Fire adalah permainan pertempuran royale oleh Garena dan ia boleh dimuat-turun secara percuma di iOS dan Android.

Leave a Reply