Skip to main content

Lanjutan pelancaran permainan The Coma 2: Vicious Sisters di konsol PlayStation 4 dan Switch pada bulan Jun lepas, hari ini Devespresso Games akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran permainan tersebut di konsol Xbox One iaitu ia akan tiba pada 4 September 2020 ini, iaitu hari Jumaat minggu ini.

Permainan ini sebelum telah pun dilancarkan di PC melalui Steam di mana ia mendapat sambutan yang baik dengan bentuk permainannya yang seram dan penceritaan yang mendalam.

The Coma merupakan siri permainan pengembaraan seram yang memfokuskan remaja di sekolah di mana mereka perlu bertahan hidup daripada diserang ataupun ditangkap oleh pembunuh Dark Song bermisteri yang akan mengejar mereka. Melalui sekuel permainan ini, Devespresso Games menyatakan bahawa mereka menyertakan pelbagai bentuk baharu termasuklah kecerdasan buatan baharu buat watak Dark Song dan juga lokasi baharu.

Jadi bagi anda yang berminat dengan permainan seram ini, anda boleh dapatkannya menjelang hujung minggu ini.

Leave a Reply