Skip to main content

Behaviour Interactive hari ini mengumumkan yang Dead by Daylight bakal menerima peningkatan kualiti grafik melalui projek The Real Beyond. Di mana, bermula sekarang sehingga suku terakhir tahun hadapan, permainan seram ini akan mendapat pelbagai kemaskini memfokuskan peningkatan kualiti grafik.

Kemaskini ini adalah untuk semua versi permainan tersebut, dan akan tiba secara berperingkat. Sasaran utama projek ini adalah untuk memberikan pemain pengalaman yang lebih seram. Anda boleh lihat perubahan awal melalui video di bawah.

Pada masa sama, mereka juga mengumumkan Dead by Daylight untuk PlayStation 5 dan Xbox Series X, tetapi tidak disahkan jika pemain akan menerima naik-taraf konsol secara percuma ataupun perlu dibeli secara berasingan.

Dead by Daylight sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC. Versi iOS dan Android juga boleh dimuat turun secara percuma.

Leave a Reply