Ubisoft bermula hari ini telah menawarkan The Division secara percuma sehingga 8 September ini. Ia ditawarkan untuk PC sahaja melalui Uplay. Oleh itu, untuk menebus nya anda memerlukan akaun Ubisoft dan perlu memasang permainan melalui klien Uplay.
The Division adalah permainan pertama untuk siri looter shooter oleh Ubisoft, di mana ia dibangunkan oleh Massive Entertainment dan dikeluarkan pada tahun 2016 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.
Permainan susulan untuknya iaitu The Division 2 sudah dikeluarkan pada tahun lepas dan anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini.
[download]Uplay: The Division[/download]