Skip to main content

Masalah penipuan adalah satu perkara biasa di dalam permainan dalam talian, permainan kasual seperti Fall Guys sendiri pun masih ada pemain yang melakukan pelbagai penipuan, tambahan lagi permainan kompetitif seperti PUBG Mobile.

PUBG Mobile dan Tencent telah mengumumkan dalam masa seminggu iaitu 20 Ogos sehingga 27 Ogos terdapat lebih 2.2 juta pemain dan 1.4 juta peranti telah diharamkan kerana menipu. Pecahan kes penipuan pula adalah 32% ‘X-ray Vision’, 27% ‘Auto-Aim’, 12% ‘Speed’.

Dengan jumlah tersebut, boleh dikatakan secara purata terdapat lebih 200 ribu akaun yang diharamkan setiap hari. Ia adalah satu jumlah yang besar, oleh kerana PUBG Mobile adalah permainan percuma, perkara ini tidak juga mengejutkan.

PUBG Mobile boleh didapati secara percuma untuk iOS, iPad OS dan Android.

Leave a Reply