Pada pertengahan bulan lepas, Devolver Digital dan Meditatonic telah membuka bidaan untuk sesiapa sahaja yang inginkan kostum mereka disertakan di dalam Fall Guys. Kutipan dari bidaan tersebut akan disumbangkan kepada Special Effect.

Hari ini, sesi bidaan tersebut telah berakhir dan jumlah bidaan tertinggi adalah $1 juta, di mana ia adalah gabungan sumbangan oleh pencipta kandungan Ninja serta Mr Beast bersama dengan AimLab iaitu pengeluar perisian/permainan dan juga G2 eSports.

Disebabkan ia menyertakan 4 pihak, Fall Guys juga mengumumkan berbanding satu kostum, mereka akan menyertakan 4 kostum. Rekaan awal boleh dilihat melalui ciapan di atas, akan tetapi ia bukan rekaan akhir.

Fall Guys: Ultimate Knockout sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan PC. Anda boleh baca ulasan kami di pautan ini.

Sohor Kini