Skip to main content

Sepertimana diumumkan sebelum ini, EA akhirnya melancarkan perkhidmatan langganan EA Play mereka di Steam. Ia ditawarkan dengan bayaran RM17 sebulan ataupun RM99 untuk setahun. EA Play sebelum ini dikenali sebagai EA Access/Origin Access.

Melalui langganan EA Play, pelanggan dapat akses sebilangan permainan yang disertakan di dalam Vault, jumlah serta tawaran permainan adalah berbeza mengikut platform tetapi antara permainan disertakan adalah FIFA 20, Need for Speed Heat, Anthem dan A Way Out. Namun anda hanya boleh bermain permainan-permainan tersebut selagi mana langganan masih aktif.

Selain itu, pelanggan juga diberikan peluang untuk mencuba permainan baharu selama 10 jam dan juga tawaran diskaun 10% untuk kesemua permainan EA.

EA Play juga ditawarkan untuk Xbox One dan PlayStation 4. Bagi pengguna PC, anda juga boleh dapati melalui Origin dengan harga sedikit mahal kerana menggunakan mata wang SGD. Selain itu, EA Play Pro yang menawarkan permainan terbaru seperti FIFA 21, hanya boleh dilanggan melalui Origin dan tidak disertakan di platform lain.

[info]Steam: EA Play[/info]

Leave a Reply