Sebelum ini, Bloober Team mengmumkan yang mana mereka akan melancarkan semula permainan Observer buat konsol geenrasi seterusnya dengan penaik-tarafan visual, sebagai permainan Observer System Redux.
Terkini, Bloober Team mengumumkan yang edisi pernaik-tarafan permainan tersebut turut akan tiba di PC melalui Steam dan bersama dengan demo khas.
Seperti yang kami kongsikan sebelum ini, Observer System Redux adalah edisi permainan Observer yang dilancarkan 2017 lepas di mana melalui versi ini, ia menerima pernaik-tarafan visual dengan tekstur baharu dan juga beberapa kandungan baharu seperti watak dan penceritaan baharu.
Dengan pengumuman versi PlayStation 5 dan Xbox Series X sebelum ini, Bloober Team juga mengumumkan yang mana mereka turut akan melancarkan versi PC di mana ia kini sudah pun boleh dipra-tempah melalui Steam. Menariknya, bagi pemain yang sudah pun memiliki permainan Observer sebelum ini, Bloober Team menawarkan diskaun sehingga 80% dan tawaran tersebut akan tamat pada 15 September ini sahaja.
Pada masa yang sama, Bloober Team juga mengumumkan demo khas permainan ini juga turut boleh dimuat-turun dan dicuba secara percuma melalui Steam.
Dari segi tarikh pelancaran, Bloober Team menyatakan ia akan tiba sekitar penghujung tahun ini.