Sebelum ini kami laporkan yang mana permainan Genshin Impact akan dilancarkan 28 September 2020 ini di peranti telefon pintar dan PC. Terkini, MiHoYo juga mengumumkan yang mana permainan tersebut turut akan tiba pada tarikh yang sama bagi versi PlayStation 4.

Bersempena dengan pengumuman ini, mereka juga berkongsi satu video khas yang memperlihatkan sebalik tabir pembangunan permainan tersebut di mana ia menyertakan beberapa perubahan visual mengikut versi permainan tersebut.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Genshin Impact merupakan permainan aksi RPG dunia terbuka yang ditawarkan secara percuma. Ia akan menyertakan pembelian di dalam permainan ini, dan mempunyai elemen ‘gacha’ seperti mana permainan Honkai Impact oleh mereka.

Bersempena dengan pengumuman ini, mereka juga mengumumkan beberapa kandungna khas turut akan tiba di versi PlayStation 4 di mana pemain boleh dapatkan pedang dan sayap khas. Selain itu, mereka juga mengumumkan pek berkas barangan pengembaraan “Genshin Impact-Adventurer’s Starter Bundle” juga boleh dibeli oleh pemain di mana pra-tempahnya kini dibuka melalui PSN Store dengan harga RM39.

Bagi anda yang berminat untuk bermain permainan ini, anda boleh membuat pra-pendaftaran melalui laman rasmi Genshin Impact di mana anda akan menerima pemberitahuan apabila ia dilancarkan kelak.

Sohor Kini