Skip to main content

Capcom semalam mengadakan acara khas di mana mereka memperlihatkan kandungan utama baharu dan terakhir untuk permainan Monster Hunter World Iceborne.

Namun, menurut Ryuzo Tsujimoto, kemaskini terakhir ini hanyalah untuk kemaskini percuma “Title Update” terakhir sahaja dan pada masa akan datang mereka masih lagi akan menyertakan pelbagai acara-acara tambahan seperti acara yang telah dilancarkan sebelum ini.

Melalui kandungan ini, Capcom akan membawa kembali raksasa Fatalis di mana pemain akan bertempur dengan raksasa tersebut setelah pemain tamatkan penceritaan utama Iceborne dan menyelesaikan misi Alatreon.

Dengan penyertaan raksasa baharu, semestinya pemain berupaya untuk menghasilkan pelbagai jenis kostum baharu termasuklah senjata berdasarkan hasil kutipan dan ganjaran yang pemain dapat selepas tumpaskan raksasa tersebut. Kandungan ini juga akan menyertakan pelbagai kandungan lain seperti perhiasan profil watak dan barangan perhiasan yang pemain letak di rumah pemain

Menurut Capcom, kemaskini ini akan tiba secara rasmi pada 1 Oktober 2020 ini dan pada masa yang sama, mereka juga mengumumkan pelbagai kandungan lain akan berlangsung sepanjang bulan September ini di mana anda boleh melihatnya melalui imej grafik di bawah.

Bagi anda yang ingin menonton keseluruhan pengumuman tersebut, anda boleh menonton video di bawah di mana mereka bukan sahaja berkongsi kandungan baharu permainan tersebut malah perjalanan permainan tersebut sejak ia diumumkan ketika acara E3 2017 lepas sehinggalah pelancaran kandungan ini.

Monster Hunter World: Iceborne merupakan penambahan khas buat Monster Hunter World yang telah pun dilancarkan sejak tahun lepas di konsol PlayStation 4, Xbox One dan awal tahun ini di PC.

Leave a Reply