Ketika aacara Gamescom Opening Night Live semalam, Bandai Namco mempertontonkan video acah baharu Scarlet Nexus iaitu permainan aksi pengembaraan seterusnya daripada beberapa pembangun siri Tales Of.
Video acah tersebut bukan sahaja memperlihatkan bentuk permainan tersebut, malah beberapa adegan penceritaan dan juga kuasa-kuasa serangan yang pemain boleh lakukan.
Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Scarlet Nexus meletakkan pemain di dalam dunia masa hadapan di mana terdapat hormon psionik yang ditemui di dalam otak manusia yang berupaya untuk mengubah dunia dengan kemahiran manusia yang ditingkat. Untuk bertempur dengan “Mutant” gila yang dikenali sebagai Others, pemain perlu bertempur dengan pelbagai jenis kemahiran dan bentuk perlawan sebagai pasukan Other Supression Force (OSF), yang mana pemain akan bermain sebagai Yuito Sumeragi, iaitu seorang watak yang mempunyai kuasa Psiko-kinesis di bandaraya New Himuka.
Scarlet Nexus akan tiba di PC dan konsol PlayStation 4 dan Xbox One bersama-sama konsol generasi seterusnya iaitu PlayStation 5 dan Xbox Series X.