Semalam, ketika acara Gamescom 2020, Frontier Foundry mengumumkan satu permainan penembak baharu yang mana ia mempunyai elemen strategi turutan dan gelung masa iaitu Lemnis Gate.

Menurut mereka, permainan ini akan dilancarkan sekitar awal 2021 ini di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam.

Lemnis Gate akan memfokuskan pemain untuk bertempur dengan musuh dengan dengan merancang tindakan di dalam tempoh masa 25 saat secara turutan. Dengan sejumlah 5 tindakan, pemain dan musuh perlu merancang cara untuk menumpaskan musuh setiap kali gelung masa tersebut berulang dan pada masa yang sama mengelak daripada ditumpas oleh musuh dengan tindakan yang sama.

Semestinya permainan ini mengingatkan kami akan permainan dengan elemen yang sama iaitu Quantum League, namun kelihatan permainan ini lebih taktikal dengan elemen pergerakan secara turutan.

Kami akan mengemaskini jika terdapat sebarang pengumuman tambahan yang diumumkan oleh pembangunan.

Sohor Kini