Epic Games Store hari ini menawarkan dua permainan percuma sebagai tawaran minggu mereka iaitu Hitman dan Shadowrun Collection. Ia boleh ditebus bermula sekarang sehingga 3 September.
Hitman adalah permainan permainan pertama untuk trilogi World of Assassination. Ia membawa perubahan berbanding permainan Hitman sebelum ini, dan lebih memfokuskan sandbox pembunuhan berbanding penceritaan. Ia dibangunkan oleh IO Interactive dan dikeluarkan pada tahun 2016.
Shadowrun Collection pula merupakan permainan RPG mengikut turutan. Di dalam koleksi ini menyertakan tiga permainan iaitu Shadowrun Returns, Shadowrun Dragonfall dan Shadowrun Hong Kong di mana setiap-nya dikeluarkan pada tahun 2013, 2014 dand 2015. Ia menawarkan permainan RPG yang kompleks dengan pelbagai binaan untuk watak.
Apabila tawaran ini berakhir, Epic Games Store akan menawarkan Into the Breach pula sebagai permainan percuma. Pautan muat turun kami sertakan di bawah.
[download]Epic Games Store: Hitman[/download] [download]Epic Games Store: Shadowrun Collection[/download]