Skip to main content

Awal minggu ini, Activision, Treyarch dan Raven Software mengumumkan permainan Call Of Duty: Black Ops Cold War secara rasmi di mana ia adalah sekuel terus kepada permainan Call Of Duty: Black Ops yang dilancarkan pada 2010 lepas.

Terkini ketika acara Gamescom Opening Night Live semalam, Activision memperlihatkan satu video acah baharu permainan tersebut di mana ia memfokuskan penceritaan awal permainan tersebut.

Ketika sesi temu bual bersama Dan Vondrak, iaitu pengarah kreatif permainan tersebut, beliau menyatakan yang mana permainan ini akan mempunyai pelbagai pengakhiran berbeza berdasarkan pilihan yang dilakukan oleh pemain di dalam permainan tersebut.

Call Of Duty: Black Ops Cold War akan tiba di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Battle.net pada 13 November 2020 ini. Activision juga mengesahkan versi PlayStation 5 dan Xbox Series X turut akan tiba pada penghujung tahun ini.

Leave a Reply