Skip to main content

2018 lepas, Frontier Development melancarkan satu permainan pengurusan taman tema berdasarkan siri filem terkenal, iaitu Jurassic World Evolution.

Terkini, ketika acara Gamescom Opening Night Live semalam, mereka mengumumkan permainan tersebut turut akan tiba di konsol Switch dengan edisi Jurassic World Evolution: Complete Edition pada 3 November 2020 ini.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Jurassic World Evolution merupakan permainan simulasi yang membenarkan pemain untuk membina taman tema Jurassic Park mereka sendiri. Melaluinya, pemain akan mengendali pelbagai urusan taman tema tersebut termasuklah memastikan keselematan dan taraf kehidupan dinosaur.

Melalui edisi lengkap ini, Frontier Development mengumumkan yang mana mereka akan menyertakan ketiga-tiga DLC utama yang dilancarkan sebelum ini iaitu Jurassic World Evolution: Return to Jurassic Park, Jurassic World Evolution: Claire’s Sanctuary, dan Jurassic World Evolution: Secrets of Dr. Wu bersama-sama dengan pek kosmetik Dinosaur lain.

Bagi anda yang berminat, permainan ini sebelum ini telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One dan juga PC di mana ia juga telah terjual melebihi 1 juta dalam tempoh masa 5 minggu sahaja.

Leave a Reply