Tuxedo Labs semalam mengumumkan permainan Teardown di mana ia adalah permainan pandang pertama yang memfokuskan pemain untuk mencuri sesuatu barangan.
Dengan visual seakan Minecraft iaitu Voxels, permainan ini kelihatan memberi kebebasan buat pemain untuk melakukan pelbagai kemusnahan dan juga susunan sebarang prop dan barangan untuk membuat pencurian tersebut.
Menurut Tuxedo Labs, permainan ini akan dilancarkan di PC melalui Steam sebagai permainan akses awal sekitar tahun ini.