Ketika acara Gamescom Opening Night Live semalam, Modus Games mengumumkan permainan seterusnya untuk siri permainan robot mecha Override iaitu Override 2: Super Mech League.
Menurut Modus Games, permainan ini akan tiba Disember ini, namun tarikh pelancaran tetap masih belum diumumkan. Walaupun begitu, ia disahkan akan tiba di konsol PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X, Xbox One, Switch dan PC melalui Steam.
Seperti permainan pertama, Override 2: Super Mech League akan memfokuskan bentuk perlawanan antara robot-robot di mana permainan ini bertempatkan 7 tahun selepas Override: Mech City Brawl.
Dengan menyertakan mod solo, arena dan pelbagai pengubah-suaian robot, permainan ini akan menyertakan 20 jenis robot yang pemain boleh guna di mana setiap satunya mempunyai kemahiran berbeza.
Kami pasti akan mengemaskini informasi lanjut berkenaannya setelah ia diumumkan kelak.