Reflector Entertainment hari ini mengumumkan permainan pertama oleh mereka iaitu Unknown 9: Awakening. Ia merupakan permainan aksi pengembaraan misteri. Pemain akan menjadi Haroona iaitu seorang kanak-kanak yang dibesarkan di Kolkata, India.

Dia sering mendapat gambaran mengenai kematian sendiri selain itu juga mempunyai kebolehan untuk mengawal sesuatu yang tidak dapat dilihat. Seorang dewasa membantu dia untuk mengawal kebolehan tersebut dan memasuki dunia lain iaitu The Fold. Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Unknown 9: Awakening diumumkan akan tiba pada tahun 2021 untuk PlayStation 5, Xbox Series X dan PC. Selain permainan video, Unknown 9 juga hadir dalam bentuk podcast, novel, buku komik dan permainan interaktif. Maklumat lanjut anda boleh layari laman rasmi mereka.

Sohor Kini