Panache Digital Games dan Private Division akhirnya melancarkan Ancestors: The Humankind Odyssey di Steam selepas dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan Epic Games Store pada tahun lepas. Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Di dalam permainan ini, pemain akan menjadi Hominid iaitu peringkat awal evolusi manusia mengikut beberapa pemikiran. Anda akan menjadi sebahagian daripada satu puak, dan perlu memastikan terus hidup termasuk juga mengelak daripada haiwan liar, makan, minum dan tidur. Apabila pemain mati, pemain akan menjadi watak lain, jika satu puak sudah mati, permainan berakhir dan perlu mulakan semula.

Pemain juga akan berevolusi berdasarkan pengetahuan baharu yang diperoleh. Ini akan membolehkan pemain untuk menggunakan kebolehan serta peralatan lain. Di Steam ia ditawarkan dengan harga promosi potongan 50% iaitu RM59.50 sehingga 11 September.

Sohor Kini