Filem The King’s Man Ditunda Kepada Februari 2021

The King’s Man adalah filem prekuel Kingsman. Untuk filem ini, latar masanya adalah pada zaman perang dunia pertama – yang mana penzalim-penzalim seperti T.E. LawrenceHerbert Kitchener dan Grigori Rasputin adalah dalang kepada perang dunia. Mereka juga dikatakan bersatu dengan lebih ramai penjahat/penzalim lain bagi mencetuskan satu perang baharu bagi membunuh jutaan insan tidak bersalah. Jadi, bagi menghentikan perang ini agensi perisikan The King’s Man terpaksa ditubuhkan dan ia disokong oleh tokoh-tokoh ternama.

Filem ini pada asalnya dijadualkan untuk ditayangkan pada Februari lepas. Tetapi disebabkan Covid-19, ia ditunda ke bulan September ini. Terkini, GSC telah menciap satu ciapan yang mengecewakan – filem ini ditunda sekali lagi. Kali ini, ia dikatakan ditunda kepada bulan Februari 2021. Walau bagaimanapun, sebab ditunda tidak dijelaskan. Besar kemungkinan, pasaran pawagam sekarang adalah TENET dan bagi memastikan kutipan filem The King’s Man capai sasaran, mereka memberi laluan kepada filem lain dahulu.

Sohor Kini