Seperti yang diumumkan oleh Bethesda pada awal bulan ini, mereka akhirnya memperlihatkan lebih lanjut DLC pertama untuk Doom Eternal iaitu The Ancient Gods, Bahagia Pertama. Ia diumumkan akan tiba pada 20 Oktober 2020. Anda boleh tonton video acah untuknya di bawah.

DLC ini meneruskan penceritaan daripada permainan utama, di mana walaupun sudah menumpaskan Khan Maykr, keadaan masih tidak tenang kerana peralihan kuasa masih berlaku. Pemain perlu kembali ke Urdak untuk menyelamatkan dunia.

Doom Eternal sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Anda boleh baca ulasan untuk Doom Eternal melalui pautan di bawah.

Bacaan lanjut: Ulasan Doom Eternal – Raja Permainan Menembak

Sohor Kini