ClockStone dan Headup hari ini mengumumkan versi baharu untuk permainan simulasi pembinaan jambatan mereka iaitu Bridge Constructor: The Walking Dead. Benar, seperti judulnya ia adalah permainan Bridge Constructor yang berlaku di dalam dunia The Walking. Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Di dalam video tersebut tidak banyak diperlihatkan kerana ia adalah video aksi nyata, tetapi seperti mana versi sebelum ini, anda akan perlu menghasilkan jambatan untuk memastikan watak-watak daripada The Walking Dead dapat melarikan diri dari zombi.

Buat masa ini ia masih tidak menerima sebarang tarikh pengeluaran, tetapi dijangkan tiba sekitar tahun ini untuk semua platform.

Sohor Kini