Skip to main content

Codemaster hari ini berkongsi video acah Playground untuk Dirt 5 di mana ia memperlihatkan mod pembinaan arena. Melaluinya pemain boleh meletakkan pelbagai rekaan untuk menghasilkan satu litar. Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Selepas menghasilkan litar tersebut, pemain boleh memuat naik untuk berkongsi dengan pemain lain. Ia boleh digunakan untuk tiga mod permainan berbeza iaitu Gate Crasher, Gymkhana dan Smash Attack. Anda juga boleh memuat naik sesi perlumbaan untuk dipertontonkan oleh pemain lain.

Dirt 5 akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC pada 16 Oktober 2020, ia juga boleh dinaik-taraf percuma ke PlayStation 5 atau Xbox Series X secara percuma.

Leave a Reply