Ketika acara Gamescom Opening Night Live sebentar tadi, Factor 5 iaitu pembangun asal untuk siri Turrican mengumumkan yang mana mereka akan membawa kembali permainan tersebut bersempena dengan ulang tahun yang ke-30 buat siri tersebut.

Menurut Strictly Limited Games, permainan tersebut akan dilancarkan dengan edisi fizikal khas secara terhad yang mana ia akan menyertakan pelbagai kandungan bersempena dengan ulang tahun permainan tersebut.

Dari segi kandungan pelancaran, ia akan dilancarkan dengan dua versi permainan buat konsol PlayStation 4 dan juga Switch. Melaluinya, ia akan menyertakan pelbagai permainan daripada siri klasik Turrican yang terdiri daripada:

  • Turrican Anthology Vol. 1
    • Turrican (Amiga)
    • Turrican 2 (Amiga)
    • Super Turrican (SNES)
    • Super Turrican Director’s Cut (SNES)
    • Mega Turrican Score Attack (Mega Drive)
  • Turrican Anthology Vol. 2
    • Turrican 3 (Amiga)
    • Mega Turrican (Mega Drive)
    • Mega Turrican Director’s Cut (Mega Drive)
    • Super Turrican 1 Score Attack (SNES)
    • Super Turrican 2 (SNES)

Bagi anda yang berminat, permainan tersebut kini boleh dipra-tempah melalui laman rasmi Strictly Limited Games di mana ia akan dijual secara terhad dengan beberapa edisi yang menyertakan pelbagai kandungan seperti muzik latar, poskad dan sebagainya.

Sohor Kini