Skip to main content

Microsoft dan Tantalus Media hari ini akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran permainan pernambah-baikkan Age Of Empires III: Definitive Edition secara rasmi di mana ia akan tiba pada 15 Oktober 2020 ini di PC melalui Steam dan Microsoft Store.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Age Of Empires III: Definitive Edition merupakan versi pernambah-baikkan berdasarkan permainan Age Of Empires III yang dilancarkan pada 2005 lepas. Melalui versi ini, ia akan menyertakan pelbagai pernaik-tarafan visual dan juga dua mod baharu iaitu Historical Battles dan The Art Of War Challenge Misison.

Pada masa yang sama, Microsoft juga mengumumkan dua tamadun bahawu iaitu Swedes dan Inca juga akan tiba melalui versi pernambah-baikkan permainan ini.

Bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkan permainan ini menjelang Oktober ini.

Leave a Reply