Skip to main content

Warner Bros. Interactive Entertainment hari ini mengumumkan yang mana mereka akan menunda permainan LEGO Star Wars The Skywalker Saga ke suku kedua tahun hadapan.

Permainan tersebut sebelum ini dirancang untuk dilancarkan tahun ini di konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC. Dengan penundaan ini, mereka juga mengumumkan versi PlayStation 5 dan Xbox Series X juga di dalam perancangan.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, LEGO Star Wars The Skywalker Saga merupakan permainan berdasarkan siri filem Star Wars di mana melalui permainan ini, ia akan menyertakan kandungan kesemua sembilan filem Star Wars daripada Star Wars Episode 1 The Phantom Menace sehinggalah Star Wars Episode IX Rise Of Skywalker.

Bersempena dengan pengumuman ini, mereka juga berkongsi satu video acah khas di acara Gamescome Opening Night Live yang memperlihatkan pelbagai bentuk permainan dan juga adegan lawak jenaka LEGO. Bagi anda yang ingin menontonnya, anda boleh menontonnya di bawah.

https://www.youtube.com/watch?v=syvicyCN_lw

Leave a Reply