Tahun lepas, Respawn Entertainment mengumumkan yang mana mereka kini sedang membangunkan satu permainan baharu berdasarkan siri Medal Of Honor bersama Oculus Studios sebagai satu permainan realiti-maya khas.

Ketika acara Gamescom Opening Night Live sebentar tadi, mereka memperlihatkan satu video acah baharu yang memfokuskan bukan sahaja kandungan baharu seperti bentuk permainan, malah penceritaannya.

Berdasarkan video acah tersebut, permainan kelihatan akan bermain sebagai seorang askar ketika perang dunia kedua di mana bukan sahaja pemain akan bermain ketika saat pendaratan Normady, malah pelbagai saat-saat peperangan dunia kedua.

Menurut Oculus Studios, permainan ini akan dilancarkan pada penghujung tahun ini melalui Oculus Rift.

Sohor Kini