Salah satu pengumuman yang dinantikan oleh ramai pemain ketika acara Gamescom Opening Night Live sebentar tadi semestinya kandungan musim kedua buat permainan Fall Guys: Ultimate Knockout di mana mereka memperacahkan satu video yang memperlihatkan sebahagian kandungan yang akan tiba buat musim kedua permainan tersebut.

Berdasarkan video acah tersebut, musim kedua Fall Guys: Ultimate Knockout kelihatan akan menyertakan pelbagai kostum-kostum bertemakan medieval dan pada masa yang sama, peringkat permainan baharu yang mana juga mempunyai tema yang sama.

Menariknya, video acah tersebut juga memperlihatkan salah satu halangan peringkat tersebut memerlukan pemain untuk menolak kotak ataupun kiub untuk dipanjat ke garisan penamat. Menurut Devolver Digital, kandungan musim kedua tersebut akan dilancarkan pada bulan Oktober ini.

Fall Guys: Ultimate Knockout sudah dilancarkan di konsol PlayStation 4 dan PC.

Sohor Kini