Sejak permainan Dragon Age baharu yang diumumkan beberapa tahun lepas, Bioware tidak langsung berkongsi sebarang informasi lanjut berkenaan permainan tersebut mahupun sebarang video acah baharu.

Kini, ketika acara Gamescom Opening Night Live, Bioware dan Electronic Arts akhirnya berkongsi sedikit kemaskini pembangunan permainan tersebut di mana mereka berkongsi satu video khas di sebalik tabir permainan tersebut.

Melaluinya, mereka memperlihatkan pelbagai pembangun berkongsi pendapat dan kemaskini berkenaan pembangun permainan tersebut. Pada masa yang sama, mereka juga memperlihatkan beberapa karya konsep permainan tersebut dan beberapa skrin demo permainan ketika di dalam pembangunan.

Buat masa ini, Bioware tidak berkongsi sebarang informasi lanjut berkenaannya. Namun berdasarkan apa yang dilihat malam ni, kami percaya ia masih lagi berada di dalam peringkat awal pembangunan.

Sohor Kini