Skip to main content

Ketika acara Gamescom Opening Night Live sebentar tadi, Bandai Namco akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran permainan seram Little Nightmare II secara rasmi iaitu ia akan tiba pada 11 Febuari 2021 ini.

Menurut Bandai Namco, permainan tersebut akan tiba di konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC melalui Steam dahulu dan versi PlayStation 5 dan Xbox Series X akan dilancarkan kemudian.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Little Nightmares II akan menyertakan pelbagai elemen ngeri baharu yang mana pemain akan bermain sebagai watak baharu, Mono bersama-sama dengan watak daripada permainan sebelum ini, iaitu Six.

Bagi anda yang meminati permainan seram ini, anda boleh dapatkannya menjelang tahun hadapan.

Leave a Reply