Ketika acara Gamescom Opening Night Live sebentar tadi, Insomniac Games dan Sony Interactive Entertainment mempertontonkan satu video khas bentuk permainan Ratchet & Clank: Rift Apart berdasarkan video acah ketika pengumuman permainan ini sebelum ini.

Video acah tersebut merupakan bentuk permainan yang tidak disunting dan dimainkan di konsol PlayStation 5, sekaligus ia memperlihatkan prestasi konsol tersebut dimainkan secara masa nyata.

Berdasarkan video acah tersebut, seperti siri Ratchet & Clank sebelum ini, ia akan menyertakan pelbagai pilihan senjata buat pemain. Ia juga kelihatan tidak mempunyai sebarang skrin permuatan seperti yang diperlihatkan melalui video pengumuman sebelum ini.

Insomniac Games menyatakan yang mana permainan ini akan dilancarkan sekitar pelancaran PlayStation 5 dan ia juga disahkan adalah eksklusif di konsol tersebut.

Sohor Kini