IO Interactive hari ini akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran permainan Hitman seterusnya iaitu Hitman 3 di mana ia akan tiba pada 20 Januari 2021 ini.

Seperti yang dijanjikan oleh mereka sebelum ini, permainna ini akan tiba di konsol PlayStation 4, Xbox One bersama-sama dengan konsol generasi seterusnya iaitu PlayStation 5 dan Xbox Series. Bagi versi PC pula, seperti yang dijanjikan ia akan tiba secara eksklusif selama setahun di Epic Games Store.

Bersempena dengan pengumuman ini, IO Interactive juga mengumumkan dua edisi permainan tersebut di mana ia akan dilancarkan dengan edisi baisa dan juga edisi Deluxe.

Edisi biasa permainan Hitman 3 hanya akan menyertakan permainan asas sahaja namun bagi versi Deluxe, ia akan menyertakan beberapa kandungan tambahan seperti muzik latar, ulasan pengarah untuk misi pemulaan, buku karya dan juga beberapa kandungan kosmetik lain.

Selain itu, IO Interactive juga mengumumkan yang mana mereka akan menyertakan kostum bonus khas buat mereka yang membuat pra-tempahan permainan tersebut di mana pemain bukan sahaja dapat kostum berwarna putih, merah dan hitam buat watak ejen 47, malah senjata dan beg bimbit.

Pada masa yang sama, IO Interactive juga mengumumkan permainan ini boleh dinaik-tarafan ke konsol generasi seterusnya secara percuma. Ini bermakna bagi pemain yang membeli permainan ini di konsol PlayStation 4, mereka akan menerima versi PlayStation 5 tanpa sebarang cas tambahan.

Jadi bagi anda yang meminati siri Hitman, pastikan anda dapatkan permainan ini menjelang awal tahun hadapan.

Sohor Kini