That Game Company hari ini mengumumkan yang mana mereka akan menunda permainan Sky: Children Of The Light buat konsol Switch sehingga tahun hadapan.
Permainan tersebut sebelum ini telah pun dilancarkan sebagai permainan mudah alih di iOS dan Android, di mana sebelum ini mereka juga mengumumkan versi Switch asalnya akan tiba sekitar tahun ini.
Menurut That Game Company, atas sebab pandemik yang berlaku sekarang ini, studio indie kecil seperti mereka mengalami beberapa cabaran untuk membangunkan permainan ketika bekerja dari rumah termasuklah juga mengurus permainan tersebut di peranti telefon pintar.
Penundaan permainan atas sebab pandemik semestinya tidak asing bagi tahun ini dan kami juga percaya akan terdapat pelbagai permainan yang akan ditunda yang akan diumumkan kelak. Namun bagi anda yang bermain Sky: Children Of The Light, anda masih boleh dapatkan versi iOS dan Android.