Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Netflix hari ini akhirnya mengumumkan siri TV aksi-nyata berdasarkan Resident Evil secara rasmi.

Menurut Netflix, siri tersebut akan di tulis oleh Andrew Dabb, iaitu penulis siri Supernatural. Netflix juga menyatakan yang mana Browen Hughes yang terkenal dengan siri The Walking Dead akan mengarah dua episod pertama siri ini.

Berdasarkan laporan Hollywood Reporter, siri tersebut akan mengandungi 8 episod di mana ia mengisahkan dua penceritaan garis masa yang berbeza.

Garis masa pertama memfokuskan keluarga Wesker iaitu Jade dan Billie Wesker yang baru pindah ke bandaraya New Raccoon City. Namun setelah berada di bandaraya tersebut, mereka mula menyedari bahawa ia mempunyai beberapa rahsia misteri yang merbahaya.

Manakala bagi garis masa kedua, ia keliahtan akan memfokuskan beberapa dekad di masa hadapan di mana hanya tinggal kurang dari 15 juta manusia di bumi dan lebih dari 6 bilion raksasa atau zombi yang dijangkiti T-Virus. Ia memfokuskan Jade yang sudah pun dewasa ingin cuba hidup di dalam dunia tersebut namun mengingati saat ketika beliau muda di bandaraya Racccoon City.

Buat masa ini, Netflix tidak berkongsi sebarang informasi lanjut berkenaan siri tersebut termasuklah tarikh pelancarannya. Namun atas sebab ia memfokuskan keluarga Wesker, kami percaya ia adalah penceritaan baharu dan tidak berkaitan dengan siri permainan Resident Evil.

Sohor Kini