Skip to main content

CD Projekt melalui studio baharu oleh mereka iaitu Spokko mengumumkan permainan realiti-terimbuh berdasarkan lokasi iaitu The Witcher: Monster Slayer akan dikeluarkan untuk iOS dan Android tidak lama lagi. Namun, masih tiada tarikh pengeluaran yang dinyatakan. Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

https://www.youtube.com/watch?v=TJONQYsru1c

Seperti mana permainan realiti terimbuh yang lain, pemain perlu berjalan secara nyata untuk mencari raksasa. Mereka juga mengatakan setiap misi akan mempunyai penceritaan tersendiri.

Dengan keadaan sekarang tidak menentu akibat pandemik Covid-19, mungkin melancarkan permainan seperti ini masih tidak bersesuaian. Spokko megnataka pengumuman mengenai tarikh pelancaran akan diumumkan sekitar tahun ini.

Leave a Reply