Penambahan Call of the Mountain Untuk Legends of Runeterra Kini Tiba

Seperti mana yang diumumkan beberapa minggu lepas, penambahan terbaru untuk Legends of Runeterra iaitu Call of the Mountain akhirnya tiba untuk semua pemain bermula hari ini. Melaluinya, mereka akan menyertakan benua, champion dan juga kad baharu.

Berikut adalah penambahan yang disertakan hari ini;

  • Benua baharu – Targon
  • 85 kad baharu – 51 kad untuk Targon, 38 untuk benua-benua lain
  • 7 Champion baharu – 4 untuk Targon iaitu Leona, Diana, Aurelion Sol, Taric serta Nocturne untuk Shadow Isles, Trundle untuk Freliord dan Lulu untuk Ionia.
  • 6 Keywords baharu:
    • Fury – Selepas membunuh satu unit, dapat +1|+1
    • Spellshield – menyekat dari serangan spell ataupun skill
    • Daybreak – akan mendapat kelebihan tertentu jika menjadi kad pertama untuk pusingan tersebut
    • Nightfall – akan mendapat kelebihan tertentu jika bukan kad pertama digunakan untuk pusingan tersebut
    • Behold – akan mendapat kelebihan tertentu jika mempunyai sesuatu jenis kad
    • Invoke – Pilih kad daripada tiga pilihan
  • Lab baharu: Discover Targon

Selain itu, terdapat juga penambahan lain seperti barangan kosmestik dan Region Road. Ini juga bukan satu-satunya penambahan, kerana kandungan tambahan juga akan hadir pada Oktober dan Disember kelak.

Legends of Runeterra merupakan permainan kad digital oleh Riot Games yang sudah dikeluarkan untuk PC, iOS dan Android. Anda boleh baca ulasan kami untuknya melalui pautan ini.

Sohor Kini