Hello Games iaitu pembangun yang terkenal dengan permainan No Man’s Sky mengumumakn permainan seterusnya oleh mereka iaitu The Last Campfire akan dikeluarkan esok untuk PlayStation 4 , Xbox One, Switch, PC melalui Epic Games Store dan Apple Arcade.

Permainan ini sebelum ini diumumkan pada tahun 2018 lagi dan dijangka tiba pada tahun 2019 sebelum tertunda ke tahun ini. Ia adalah permainan pengembaraan yang memfokuskan tekaria. Anda boleh tonton video perkongsian pembangun di bawah.

Menjadikan tekaria sebagai fokus dan mungkin mencabar untuk sesetengah pemain ia juga menyertakan mod pengembaraan yang membolehkan pemain bermain dengan lebih mudah.

Sohor Kini