Epic Games Store Kini Menyokong Pembayaran Menggunakan Pemindahan Bank

Epic Games Store hari ini mengumumkan penambahan sokongan untuk beberapa mata wang baharu antaranya adalah Peso, Sol dan Forint akan tetapi Ringgit Malaysia masih tidak disertakan lagi.

Namun, mereka ada satu penambahan untuk pengguna di Malaysia, di mana mereka kini menyokong pembayaran melalui pemindahan bank, walaupun ia memperlihatkan logo Maybank sahaja, akan tetapi apabila anda menekanya, anda juga boleh memilih bank-bank lain. (Terima kasih Lowyat).

Pembayaran melalui pemindahan bank ini mungkin lebih menjadi pilihan bagi anda yang tidak ingin menggunakan kad debit ataupun yang sekadar memiliki akaun bank tetapi tiada kad.

Artikel dikemaskini, ia bukan menyokong Maybank2u sahaja tetapi juga bank-bank lain.

Sohor Kini