Fall Guys: Ultimate Knockout terus menerus membuat kejutan, selepas mencatat 1.5 juta pemain dalam masa 24 jam, ia terus berkembang dengan pesat dan kini menjadi permainan PlayStation Plus dengan jumlah muat turun tertinggi. Perkara tersebut diumumkan oleh oleh Sony, tetapi mereka tidak berkongsi jumlah muat turun.

Selain itu, Devolver Digital juga mengumumkan yang permainan tersebut terjual sebanyak 7 juta unit di Steam, iaitu peningkatan sebanyak 5 juta unit berbanding 2 minggu lepas. Mediatonic sebelum ini telah mengumumkan yang mereka akan memperlihatkan musim kedua untuk permainan ini pada acara pembukaan Gamescom pada malam ini.

Fall Guys: Ultimate Knockout sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan PC. Ia juga diumumkan untuk peranti pintar. Jika anda belum menebus Fall Guys untuk PS Plus, pastikan anda melakukannya sebelum 31 Ogos. Anda juga boleh baca ulasan kami.

Sohor Kini