Skip to main content

Kemaskini, 1 September 2020 – Kedua-dua permainan percuma untuk pelanggan PS Plus bagi bulan ini kini boleh ditebus dan juga dimuat turun. Ia boleh didapati sehingga 5 Oktober 2020.

[download]PS Store: Street Fighter V[/download] [download]PS Store: PUBG[/download]

Sony Interactive Entertainment hari ini akhirnya mengumumkan permainan percuma buat pelanggan Playstation Plus bagi bulan September 2020 ini untuk pelanggan Malaysia.

Terdapat 2 permainan yang diumumkan di mana pemain boleh mula memuat-turunnya bermula 1 September sehingga 5 Oktober ini. 2 Permainan tersebut adalah:

  • PlayerUnknwons’s Battleground
  • Street Fighter V

PlayStation Plus merupakan langganan khas buat konsol PlayStation di mana ia bukan sahaja menyertakan permainan percuma setiap bulan, malah pemain turut akan menerima diskaun khas dan juga fungsi untuk bermain secara atas-talian dan menyimpan fail simpanan permainan secara atas awan. Langganan PlayStation Plus bermula RM29 sebulan, RM69 untuk 3 bulan dan RM159 untuk setahun.

Bagi anda yang masih belum memuat-turun permainan percuma PlayStation Plus bagi bulan Ogos anda boleh memuat-turunnya sehingga 31 Ogos ini.

Leave a Reply