Kemaskini: Square-Enix berkongsi video acah baharu memperlihatkan beberapa adegan tambahan.

Artikel Asal: Nintendo hari ini mengadakan acara Nintendo Direct Mini secara mengejut di mana salah satu permainan yang diperlihatkan adalah tarikh pelancaran Kingdom Hearts: Melody Of Memory iaitu ia akan tiba pada 13 November 2020 ini.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Kingdom Hearts: Melody Of Memory merupakan permainan rentak muzik berdasarkan siri Kingdom Heart di mana pemain akan sekali lagi mengembara bersama Sora, Donald dan Goofy dengan menyelesaikan peringkat permainan bersama muzik dari permainan tersebut.

Dengan lebih dari 140 lagu, pemain juga akan kembali melawati dunia-dunia Disney dari permainan Kingdom Hearts sebelum ini seperti Frozen, Twilight Town dan sebagainya. Menariknya, setiap kali pemain lengkapkan sebarang peringkat permainan, pemain juga boleh lihat semula adegan-adegan menarik dari siri Kingdom Hearts sebelum ini.

Permainan ini juga menyertakan kandungan dalam-talian di mana pemain boleh melihat carta markah tertinggi dan juga mod eksklusif multi-pemain setempat di konsol Switch sebanyak 8 pemain serentak.

Menariknya, permainan ini juga akan menyertakan kandungan tambahan baharu di mana ia kelihatan adalah sambungan penceritaan Kingdom Hearts III yang memfokuskan watak Kairi dan Riku.

Bagi anda yang berminat, permainan ini akan tiba November ini di konsol PlayStation 4, Xbox One dan Switch.

Sohor Kini