Selepas memecahkan rekod untuk menjadi siri permainan Atelier terlaris, Atelier Ryza: Ever Darkness & the Secret Hideout diumumkan telah diedarkan sebanyak 500 ribu unit, iaitu peningkatan sebanyak 80 ribu unit berbanding bulan April lepas.
Ini merupakan satu berita yang baik untuk Koei Tecmo yang telah mengesahkan Atelier Ryza 2: Lost Legends & The Secret Fairy sedang dibangunkan. Ia juga akan menerima siri manga tersendiri.
Atelier Ryza: Ever Darkness & the Secret Hideout sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC.