Netflix hari ini telah membawa satu kandungan baharu untuk siri The Witcher iaitu Making The Witcher. Lebih 30 minit mengenai belakang tabir untuk produksi bagi musim pertama. Jika anda berminat bagaimana penggambaran serta produksi The Witcher, anda boleh mula tontonnya di Netflix.
Siri The Witcher sudah disahkan akan menerima musim kedua, di mana produksi dijangka akan bermula semula selepas tertunda akibat Covid-19 sebelum ini. Netflix juga telah mengumumkan The Witcher akan menerima filem animasi dan siri sampingan.
[info]Netflix: Making The Witcher[/info]