Mojiken Studio dan Toge Productions iaitu studio pembangun dan penerbitan permainan video dari Indonesia telah mengumumkan permainan pengembaraan mereka A Space for the Unbound akan dikeluarkan pada suku ketiga tahun depan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC. Anda bolen tonton video pengumuman di bawah.
Di dalam permainan ini, pemain akan mengikut penceritaan mengenai Atma iaitu seorang budak lelaki di Indonesia yang mempunyai kebolehan untuk memasuki ke dalam minda orang lain. Bersama dengan Raya iaitu rakannya, mereka perlu melawan satu kuasa misteri.
Anda boleh cuba peringkat permulaan permainan ini melalui demo yang disertakan melalui Steam.
[info]Steam: A Space for the Unbound[/info]