Ubisoft telah mengumumkan permainan mudah alih seterusnya mereka iaitu Tom Clancy’s Elite Squad pada tahun lepas, dan kini ia sudah boleh dimuat-turun iOS/iPad OS dan Android secara percuma. Anda boleh tonton video pelancaran di bawah.
Ia adalah permainan yang akan mengumpulkan pelbagai watak daripada siri permainan Tom Clancy’s dan pemain boleh mendapatkan watak-watak tersebut melalui sistem gacha dan membentuk pasukan untuk melawan puak jahat yang digelar sebagai Umbra.
Bagi anda yang pernah mencuba Assassin’s Creed Rebellion, di mana kami ada mengeluarkan ulasan, ia mempunyai bentuk permainan yang lebih kurang, bahkan lebih ringkas.
[download]App Store: Tom Clancy’s Elite Squad[/download] [download]Play Store: Tom Clacny’s Elite Squad[/download]